ARTIKEL

Sepanjang Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 4 hingga 5 Julai, di Dewan Mesra Simunjan, di sini. FOTO UKAS

MIS anjur Program Ziarah Mahabbah di Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Majlis Islam Sarawak (MIS) meneruskan komitmennya memperkukuh syiar Islam dan pembangunan ummah menerusi penganjuran Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 2026 yang berlangsung selama dua hari bermula 4 hingga 5 Julai di Dewan Mesra Simunjan.

Program berteraskan dakwah dan kemasyarakatan itu menghimpunkan barisan kepimpinan negeri, agensi kerajaan, institusi pendidikan, agensi Islam serta masyarakat setempat menerusi pelbagai pengisian yang memfokuskan kepada pendidikan, pembangunan insan dan khidmat komuniti.

Hari pertama program dimulakan dengan pendaftaran peserta sebelum diteruskan dengan pembukaan Pameran, Perkhidmatan Agensi Islam dan Mini Education Fair bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai pelbagai perkhidmatan serta peluang pendidikan.

Pengisian diteruskan dengan Bicara Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertajuk Memperkasa Kesatuan Ummah: Tunjang Kestabilan dan Keharmonian Sarawak yang disampaikan Pengarah JAIS merangkap Setiausaha MIS, Mual Suaud.

Turut diadakan ialah slot Yang Dipertua MIS Bersama Masyarakat: Ummah Maju Makmur yang disampaikan Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha sebelum peserta mengikuti aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada sebelah petang.

Program turut diserikan dengan forum yang menampilkan Mual Suaud, Sahibul Fadhilah Ahmad Sukarno Saini serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Sarawak (YWS-MIS), Abang Faisal Abang Marzuki sebagai panel.

Pada hari kedua, program akan dimulakan dengan Kuliah Subuh di Masjid Al-Ansari, Kampung Kelka yang disampaikan Tuan Haji Mual Haji Suaud sebelum diteruskan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti plogging dan gotong-royong di kawasan kampung serta Tanah Perkuburan Islam Al-Hijrah, Simunjan.

Turut diadakan juga ialah Kursus Seni Sembelihan Halal di Surau Darus Salihin, Kampung Nanas yang akan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, selain Program Khas Wanita Air Tangan Isteri yang dikendalikan Ustazah Dr. Safura Ahmad Sharkawi.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah