CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Misi capai aspirasi 2030

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PASUKAN MANTAP... Douglas Uggah bersama-sama kakitangan kementeriannya pada sesi penggulungan persidangan hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

KUCHING: Sebanyak 93 projek dilaksanakan menerusi Agensi Pemban gunan Hulu Rajang (URDA) dan Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) yang keseluruhan bernilai RM3 bilion.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penubuhan agensi pembangunan wilayah seperti URDA dan HDA diyakini dapat mempercepat kemajuan selaras pendekatan dari bawah ke atas, bahawa keperluan masyarakat diutamakan.

“Justeru di bawah URDA, RM1.5 bilion peruntukan digunakan untuk melaksanakan 43 projek membabitkan 27 projek jalan dan jambatan, 11 projek bekalan air, tiga kajian pelan induk dan dua projek bangunan.

“Hingga kini, enam projek siap, 33 dalam pembinaan dan baki empat dijangka dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

“Begitu juga HDA yang menerima jumlah peruntukan sama, menggunakannya untuk membangunkan 50 projek infrastruktur merangkumi 29 projek jalan dan jambatan, 19 projek bekalan air dan dua projek bekalan elektrik,” katanya.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata demikian semasa sesi penggulungan kementeriannya di sini, semalam.

Sehingga kini jelasnya, lapan projek HDA telah siap, sementara 40 dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan baki dua lagi dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.

Baca lain  Dua lelaki tersepit, lori muatan sawit terbabas ke dalam parit

Uggah memaklumkan, Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bekerjasama untuk membangunkan Pelan Pembangunan Sosioekonomi (SEDP) 2022-2026.

“Pelan ini menyediakan rangka kerja komprehensif pembangunan sosioekonomi, mengenal pasti bidang pertumbuhan dan peluang pelaburan.

“Dan hasil satu makmal SEDPURDA yang melibatkan wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ketua masyarakat, RECODA mengenal pasti keperluan komuniti, pembangunan program dan projek serta mewujudkan mekanisme dan model perniagaan yang sesuai untuk wilayah itu,” ujarnya.

Berhubung projek penghubung Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau) dan Long Panai-Long Lama, kata Uggah, ia telah dikemukakan untuk pertimbangan di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

“Ia terdiri daripada laluan tunggal sepanjang 160.5 kilometer, sembilan jambatan utama, 13 jambatan kecil dan satu terminal jeti penumpang.

“Kepentingan pembangunan luar bandar melalui URDA dan HDA, kita boleh meningkatkan kesalinghubungan, taraf hidup dan pertumbuhan ekonomi di wilayah ini untuk memastikan masa depan yang lebih cerah kepada semua rakyat Sarawak ke arah mencapai aspirasi 2030,” tambahnya.

Baca lain  Jejambat terpanjang di Sarawak dijangka siap hujung tahun ini

Tentang Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) pula, ADUN Bukit Saban itu menyatakan pembangunan fasa pertama melibatkan 83 projek berjumlah RM740 juta telah dikemukakan untuk kelulusan.

“Ia melibatkan 45 projek pembangunan infrastruktur, 16 projek pembangunan sosial, 17 projek pertanian dan pembangunan industri makanan, dua projek pembangunan pelancongan dan alam sekitar dan tiga projek perindustrian, komersial, perniagaan dan keusahawanan.

“Apabila siap kelak, menjadi aspirasi kita agar komuniti di Bahagian Betong mengalami perubahan ketara dalam landskap sosioekonomi daripada inisiatif pecutan dan transformatif yang dibangunkan oleh BDDA,” tegasnya. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru