ARTIKEL

Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright. | BERNAMA

Misi hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan kapal tetap diteruskan — Ann Wright

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan  walaupun tercetus konflik terbaharu  antara Israel dengan Iran, kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

Bagaimanapun beliau berkata tarikh akhir pelayaran tiga kapal yang terlibat dalam misi itu yang sebelum ini dijadualkan pada 21 April 2024 (Ahad ini) mungkin boleh berubah berdasarkan situasi dan keadaan semasa. 

“(Pada masa ini) Kesemua kapal akan terus belayar mengikut perancangan asal (21 April) walaupun ini merupakan saat yang genting buat rantau ini,” katanya pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again di sini semalam.  

Bagaimanapun, beliau berkata  ini juga merupakan waktu yang genting bagi penduduk Gaza yang terus menerus berdepan kekejaman rejim Israel.

“Untuk itu misi ini akan tetap diteruskan namun segala penilaian risiko akan dilakukan semula bagi menentukan tarikh yang sesuai bagi memulakan pelayaran,” katanya lagi. 

Beliau berkata, beberapa penilaian lain juga akan dilakukan termasuk bahagian teknikal kapal sebelum satu tarikh pelayaran baharu diumumkan kelak. 

Terdahulu media melaporkan kapal yang akan terlibat dalam misi itu melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang. 

Kapal-kapal itu akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk  lapan buah ambulans. — BERNAMA

BERITA LAIN

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai