ARTIKEL

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam esok (Sabtu).

Meskipun, ia dilihat tugas yang amat mencabar mengambil kira kelebihan jiran tetangga yang beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Selain, rekod tanpa kalah pada dua perlawanan sebelum ini, sekali gus menjurus kepada kedudukan mereka ditangga ke-3 mengumpul 4 mata setakat ini.

Berbanding, Kuching City yang berada di tangga ke-8 dengan dua mata juga kekal rekod tanpa kalah selepas dua perlawanan.

Namun, Irwanshah percaya motivasi disampaikan pengendali City Boys (Aidil Sharin Sahak) tampak jelas yang mahukan kemenangan dapat diperolehi anak-anak buahnya pada perlawanan malam itu kelak.

“Tiga mata kini menjadi fokus kami untuk perlawanan malam esok. Saya percaya pengemudi pasukan dari Singapura itu sudah menyediakan pelan terbaik untuk diguna pakai anak-anak buahnya.

“Justeru, terpulang kepada barisan kesebelasan utama yang diturunkan untuk menterjemahkan dengan sebaik mungkin,” ujar Irwanshah kepada Arena Suara Sarawak.

Irwanshah percaya peluang pasukannya untuk mencipta kejutan pada perlawanan malam esok tetap seimbang.

KAPSYEN: – MEMBURU KEMENANGAN…Pemain Kuching City yang mahu mencipta kejutan ke atas Sabah FC pada perlawanan malam esok. – FOTO KC FC

BERITA LAIN

Malaysia langkah kanan, tuai dua pingat gangsa

PETALING JAYA: Malaysia memulakan kempen Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 dengan langkah positif selepas menuai dua pingat gangsa pada hari pertama saingan yang berlangsung

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual