Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Misi memburu pingat bagi pesilat PPSAZK

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK).
Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK).

KUCHING: Saingan Kejuaraan Pencak Silat Enam Penjuru Dan Jemputan 2022 akan berlangsung di Kompleks Sukan Nusajaya, Johor dari 13 hingga 16 Disember ini.

Bermula misi pemburuan pingat buat barisan pesilat dari Persatuan Persilatan Seni Asli Zamrud Kuching (PPSAZK).

Guru Utama PPSAZK Abang Mustapha Abang Khaider memberitahu, kita mempertaruhkan beberapa pesilat berbakat dan berpengalaman pada kejohanan kali ini.

Menurut Abang Mustapha, pihaknya tidak berani meramal jumlah pingat yang menjadi sasaran kali ini, tetapi berazam memberikan aksi terbaik sepanjang saingan.

“Saingan selama empat hari itu menghimpunkan 20 perguruan silat termasuk wakil negara jiran, Singapura.

“Saya percaya pesilat PPSAZK mampu mencipta kejutan dalam kategori masing-masing meskipun sedar tekanan hebat menanti mereka,” ujar Abang Mustapha kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, barisan pesilat terlibat akan bertanding dalam dua kategori utama iaitu seni dan olahraga.

“Dengan persiapan rapi dilakukan menerusi latihan yang dijalankan setiap hari, saya optimis ada kilauan pingat akan dibawa pulang nanti,” tambah beliau lagi.

Baca lain  Bot nelayan ditahan jalankan aktiviti perikanan di zon larangan.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru