ARTIKEL

Misi pemburuan juara 14 regu takraw

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIDANG MEDIA…Datuk Ismail Abang Saufi (dua kiri) bercakap pada sidang media.

KUCHING: Saingan Grand Finale Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) Edisi II 2022 bakal berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) pada Sabtu dan Ahad.

Bermula misi pemburuan juara membabitkan 14 regu handalan yang mewakili tujuh bahagian terlibat.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak (PSS), Datuk Ismail Abang Saufi memberitahu himpunan terlibat merupakan regu terbaik yang dipilih wakil zon masing-masing.

“Kumpulan A menyenaraikan regu Miri Sea Horse A, Sri Aman Gators A, Kuching Nights B dan Mukah Majors A.

“Manakala, tiga regu diundi berada dalam Kumpulan B iaitu Mukah Majors B, Samarahan Brilliant A dan Kuching Nights A,” ujar beliau pada sidang media di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, hari ini.

Menurut Ismail, Kumpulan C pula menyaksikan tiga regu iaitu Sri Aman Gators B, Bintulu Bravo A dan Sibu Titans B.

Selain empat lagi regu iaitu Bintulu Bravo B, Sibu Titans A, Miri Seahorse B dan Samarahan Brilliant B berada dalam Kumpulan D.

Menurut beliau, format kejohanan secara liga kumpulan pada peringkat awal, manakala kalah mati untuk pusingan selepas itu.

“Saingan hari pertama Sabtu untuk perlawanan peringkat kumpulan hingga ke suku akhir.

“Disusuli perlawanan peringkat separuh akhir dan final yang dijadual berlangsung pada hari Ahad,” tambah Ismail lagi.

Regu yang berjaya muncul juara akan membawa pulang wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.

Naib juara katanya, akan menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat, berbanding wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat untuk dua regu yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU