Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Misi pencarian Eric boleh diaktifkan semula bila-bila masa

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah
Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika ditemui wartawan, hari ini

KUCHING: Operasi pencarian Eric Chang Wei Jie, 4, di Muara Tebas boleh dihidupkan semula bila-bila masa sekiranya memiliki sebarang petunjuk, kata Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.

Menurutnya, anggota polis yang terlibat dalam misi pencarian masih aktif bekerjasama dengan agensi yang berkaitan termasuk masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat baharu.

“Jika ada maklumat baharu, kita akan terus bertindak untuk melakukan siasatan kerana ini merupakan kes yang masih berjalan,” katanya ketika ditemu wartawan selepas menghadiri Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, hari ini.

Katanya, kejadian yang menimpa Eric Chang Wei Jie, 4, adalah satu kes terpencil yang jarang sekali berlaku.

“Malah, ia berlaku buat pertama kali dan tidak berkait dengan sebarang rumah asuhan atau pusat jagaan kanak-kanak,” katanya.

Justeru, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menambah kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, dua pasangan penjaga yang terlibat dengan kes kehilangan Erik disambung reman sehingga penghujung Mac ini.

“Sekarang kita sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke pejabat peguam negara, di samping siasatan masih diteruskan,” katanya ringkas.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News