ARTIKEL

Misi pencarian kru bot nelayan giat dilaksanakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Misi pencarian seorang kru bot nelayan hilang diperluas ke 530.62 batu nautika persegi mengikut koordinasi Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC).

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata sektor Operasi Carilamat tertumpu di sekitar perairan Pulau Burong, Sebuyau dan Triso buat masa ini.

“Jumlah keluasan keseluruhan setakat ini adalah 700.58 batu nautika persegi bermula hari pertama sehingga hari ini.

“Bagaimanapun, masih belum ada sebarang petunjuk baharu ditemui setakat pencarian pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pihak bomba melalui Balai Bomba Penyelamat (BBP) Simunjan menerima laporan dari PBK II Justin Basik untuk membantu dalam misi pencarian tersebut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak turut melaporkan Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama.

“Lokasi SAR hari pertama tertumpu kepada lokasi kejadian dalam lingkungan radius lebih kurang 5km,” katanya.

Sementara, pasukan penyelamat turut melaksanakan Bantuan Search Rescue Unit (SRU) dengan menggerakkan satu aset JBPM dan satu aset APM sebagai usaha pencarian mangsa.

Dalam pada itu, cuaca dilaporkan baik di lokasi dengan arah angin bertiup dari Barat Daya dengan kelajuan angin 20km hingga 30km sejam serta ketinggian ombak setinggi 1 meter sehingga 1.5 meter.

Terdahulu, seorang kru bot fiber dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki terbalik akibat terlanggar kapal pasir di Sungai Rama pada jarak lebih kurang 4 kilometer dari Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Jeti Awam Sebuyau.

Misi pencarian masih giat dilaksanakan dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marim (PPM), Pasukan Gerakan Udara, PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan lain-lain.

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup