Trending

Misi Serian FA bermula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SEDIA GEMPUR…Md. Haical Abdullah dan Phillip Jabu (berdiri tengah) bersama-sama pemain dan pegawai Serian FA. – FOTO FAIZAL BUJANG

KUCHING: Jaguh dari dataran tanah tinggi, Serian FA berazam untuk cuba beroleh tiga mata tatkala turun pada aksi buka tirai Kumpulan A menentang PEC Bintulu di Stadium Negeri, Petra pagi esok (8:30 pagi).

Sekali gus, menyifatkan seandainya misi untuk beroleh kemenangan pertama itu tercapai, ia penanda aras awal bagi mereka mencetak strategi seterusnya.

PESANAN PENTING…Md. Haical Abdullah (kanan) ketika bercakap kepada para pemain. – FOTO FAIZAL BUJANG

Pengurus Pasukan Md. Haical Abdullah menegaskan, tiada jalan mudah untuk pemain menggapai keinginan tersebut.

Mengambil kira kredibiliti pasukan lawan yang pastinya sudah bersedia untuk memberi tentangan sengit pada perlawanan itu kelak.

Namun, Haical yakin dengan semangat juang anak-anak buahnya dalam berdepan perlawanan itu nanti.

“Misi kita cuma satu, mahu memastikan kemenangan agar tiga mata berharga berada dalam gengaman,” ujar Haical kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Haical, pemain semua tahu bahawa meraih tiga mata pertama berupaya menjadi azimat untuk terus siap siaga menghadapi baki perlawanan lain selepas ini.

Haical percaya pengemudi pasukan akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik selain bakal mengguna pakai strategi rahsia untuk perlawanan pagi esok.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru