ARTIKEL

Miss Stellar World Malaysia Perjuang kelestarian wanita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MISS Stellar World Malaysia (MSWM) 2024 bukan sekadar pertandingan ratu cantik, tetapi juga mendidik dan menyokong peserta supaya bersaing di platform yang betul.

Pengarah Negeri Borneo dan Duta Pemerkasaan Miss Stellar World Malaysia, Kimi Tomas mengalu-alukan seluruh wanita Malaysia terutamanya di Borneo untuk menyerlah di pentas MSWM 2024.

“Misi saya untuk memberi inspirasi, mendidik dan memperkasa wanita dengan menyediakan platform ini kepada wanita bujang atau berkahwin di luar sana untuk bersinar,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Menurut Kimi, MSWM ialah platform yang tepat untuk berkongsi budaya, warisan dan keindahan negara kepada seluruh dunia.

“Kami berharap pertandingan ini memberi inspirasi kepada wanita untuk membuktikan bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan kerja keras dan dedikasi,” jelasnya.

Tambah Kimi, sebagai sebuah negara yang memiliki kepelbagaian budaya, pentas MSWM juga sangat menghormati budaya tempatan dalam setiap asas kecantikan.

“Ratu cantik Stellar World Malaysia Borneo diadakan di Kuching, Sarawak pada Jun dan uji bakat dilaksanakan pada awal Mac ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kebangsaan Miss Stellar World Malaysia, Sherlyn Chan Seet Leng berkata, inisiatif ini mampu merapatkan jurang antara kecantikan dengan advokasi peserta. Katanya, ia menyediakan platform untuk meningkatkan kesedaran dan memacu perubahan.

“Bina laluan yang menghancurkan sempadan dan stereotaip.

Saya sentiasa berusaha untuk mewujudkan kekuatan, daya tahan dan pemerkasaan wanita,” jelasnya.

Menurut Sherlyn, platform ini lebih daripada satu pertandingan, dan gerakan ke arah memperkasa wanita untuk berkongsi kisah, citacita dan kejayaan mereka.

“Marilah kita merai  keindahan dalam semua aspek kecantikan dan memacu perubahan di luar pentas untuk memecah lebih banyak halangan,” ujarnya.

Justeru, Sherlyn menggalakkan kreativiti dan kepelbagaian dalam kalangan wanita di Malaysia.

SUMBANGAN KOMUNITI

Sementara itu, Penolong Pengarah Negeri Miss Stellar World Malaysia Borneo, Noreen Manggie juga bekerjasama dengan Kimi bagi memastikan misi dan visi memperkasa wanita berjaya.

Noreen dinobatkan sebagai duta untuk Ms Plus World Malaysia 2024 kerana sumbangannya kepada komuniti.

“Wanita lambang kekayaan dan kuasa. Wanita memainkan peranan penting dalam masyarakat dan seluruh keluarga bergantung kepada wanita untuk aktiviti harian.

“Mereka memainkan peranan sebagai ibu, isteri, suri rumah, tukang masak, guru, rakan dan jururawat

. “Terdapat ramai wanita berbakat dan serba boleh. Jadi saya menyokong platform ini untuk memastikan wanita terus berkembang terutamanya di Borneo,” jelasnya.

Uji bakat diadakan bermula Mac ini di pusat beli-belah Riverside (2 Mac), Kuching, Temu Cafe, Bintulu (7 Mac), Hotel Kingwood, Sibu (9 Mac), Miri (28 Mac) dan Kota Kinabalu (30 Mac) — lokasi diberi tahu kemudian. Ikuti Facebook dan Instagram Miss Stellar Malaysia atau hubungi 0183983136 untuk maklumat lanjut.

Pertandingan ini terbuka kepada semua wanita bujang dan berkahwin dengan ketinggian minimum 150 sentimeter, berat maksimum 80 kilogram, berumur 18 tahun ke atas dan mesra hijab.

KATEGORI

Terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori Miss dan Mrs.

Kelima-lima pemenang dari Sarawak dan Sabah mewakili Borneo di Kuala Lumpur di peringkat kebangsaan pada Ogos.

Pemenang kedua-dua kategori itu kemudiannya mewakili Malaysia untuk bersaing dalam Miss Stellar World di Amerika Syarikat pada 2025.

Miss Stellar Malaysia Borneo merupakan acara anjuran Kimi Tomas Empire dan DCC Present Sdn Bhd dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Kelab Seni Budaya Anak Sarawak (Kesera).

Hadiah yang disediakan berbentuk wang tunai, selempang, trofi , sijil penghargaan dan berpeluang mewakili negeri.

Sementara itu, Kimi Tomas mendedikasikan lagu Divine Love yang boleh didengar di Youtube dan digital platform lain — diciptakan khas untuk semua wanita yang berusaha memajukan diri dalam bidang ratu cantik.

BERITA LAIN

Tarikan lampu raya Bang Man

KUCHING: Beberapa tahun lalu, apabila Abdul Rahman Othman mula membeli lampu hiasan untuk menghiasi rumahnya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau tidak pernah membayangkan lampu

Tarikan air terjun Belaga

LOKASI yang jauh di pedalaman menjadikan Belaga sebagai destinasi yang penuh dengan hidupan flora dan fauna terpelihara. Antara tarikan yang menjadi tumpuan di Belaga adalah

BERITA TERBARU

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman