ARTIKEL

Missclyen sakit jika bulu dipotong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Ayah kanak-kanak yang mengalami Sindrom Werewolf menyebabkan mukanya ditumbuhi bulu yang lebat, Missclyen Roland tidak akan lagi mengambil risiko memotong atau mencukur bulu pada muka dan badan anaknya itu.

Roland Jimbai, 47, berkata ia kerana anak istimewanya itu yang kini berusia dua tahun akan sakit jika bulunya dibuang.

“Pernah satu kali ibunya cuba memotong bulu pada muka membuatkan dia demam seminggu selepas itu…ibunya juga pitam dan hampir pengsan ketika memotong bulunya itu.

“Sejak itu, kami hanya membiarkan dan tidak akan memotong lagi bulunya,” katanya ketika ditemu-bual di rumahnya di Kampung Penan Muslim Batu 10 Jalan Bintulu-Miri, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini, tiada kaedah perubatan yang boleh dijalankan untuk rawatan Sindrom Werewolf ke atas Missclyen.

Menurutnya, sejak anaknya itu dilahirkan, ramai pakar perubatan dari seluruh pelusuk dunia cuba membuat kajian ke atas bulu Missclyen untuk tujuan rawatan tetapi sehingga sekarang belum ada jawapan diterimanya.

Malah, Roland berkata pernah sebuah universiti mahu cuba membuang bulu Missclyen menggunakan laser.

“Kemudian saya tanya mereka apakah kesan kalau bulu dibuang menggunakan laser dan sanggupkan mereka menanggung risiko tetapi mereka tidak mahu, jadi saya batalkan.

“Saya juga memberitahu mereka, kalau saya berhasrat membuang bulunya, tidak mahu dia begitu bererti saya tidak menerima anugerah diberi tuhan kepada saya…saya akan terima keadaan anak walaupun sebegini,” katanya.

Roland berkata walaupun keadaannya begitu, Missclyen dapat menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain.

“Dia juga aktif, apa yang kita buat, lihat, dia akan ikut,” katanya.

Mengenai pengambilan Missclyen sebagai anak angkat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, beliau berkata amat terkejut dan terharu.

“Ini semua di luar jangkaan…saya mohon semua rakyat untuk bersama-sama berterima kasih kepada Agong dan Permaisuri kerana sudi mengambil anak ini sebagai anak angkat dengan membiayai semua kos perubatan dan persekolahannya,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU