ARTIKEL

MITEC jadi tumpuan, ribuan berkumpul sempena Lan Berambeh Anak Sarawak esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) menjadi tumpuan pada esok hari sempena berlangsungnya Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023.

Program tersebut dijangka dihadiri lebih 6,500 pelajar dan anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia, termasuk dari negeri Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air.

BINCANG PERSIAPAN…Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi (kiri) berbincang persiapan Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 bersama Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni (dua kiri), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kiri barisan belakang), Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (tiga kiri barisan belakang), Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli (dua kiri) dan Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (tiga kiri). | MOHD ALIF NONI

Antara program menanti pengunjung iaitu Pameran 60 Tahun Merdeka, Meet and Greet Anak Sarawak dan Pavilion Produk Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan merasmikan program tersebut yang dijadual bermula jam 9 pagi.

TINJAU PERSIAPAN…Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kiri) bersama Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni (kiri) dan Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi (kiri) meninjau persiapan Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di MITEC. | MOHD ALIF NONI

Program kemudiannya bersambung dengan Sidang Siswa pada jam 9.30 pagi dan kemudian sesi Sembang Santai bersama Pemimpin Sarawak pada jam 11 pagi yang terdiri daripada Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodi, Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin, Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang.

Pada sebelah petang pula, program bersambung pada jam 2 petang dengan Dialog 60 Tahun Sarawak Merdeka yang terdiri daripada ADUN Tellian Royston Valentine, cef selebriti Imelda Harris, pembekal internet luar bandar Jordan Kho Yik, penganjur persidangan profesional Mona Abdul Manap, pelari pecut kebangsaan Jonathan Nyepa dan pengadun muzik Alvin Wee.

Susulan itu, acara kemuncak Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 iaitu dialog awam Sarawak Agenda #tanyakAbangJo bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan berlansung pada jam 4 petang.

Pada sebelah malam, satu Majlis Makan Malam Anak Sarawak sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka diadakan sebagai penutup program tersebut.

Majlis tersebut bakal dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri bertanggungjawab Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan kepimpinan Sarawak yang lain dijangka hadir memeriahkan majlis.

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais