ARTIKEL

Foto: Bernama

MITI jaga kepentingan pelaburan langsung domestik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan kepentingan pelaburan langsung domestik (DDI) sentiasa dilindungi dalam semua dasar yang diwujudkan termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata walaupun dasar liberalisasi dilaksanakan, DDI sentiasa mendominasi pelaburan yang diluluskan.

“Sebagai contoh, dalam tempoh 10 tahun dari 2012 hingga 2021, DDI yang diluluskan adalah sebanyak RM1.3 trillion atau 64 peratus daripada jumlah (keseluruhan) pelaburan yang diluluskan,” katanya dalam kiriman media sosial menjawab isu yang dibangkitkan mengenai kekhuatiran NIMP 2030 yang mungkin menyebabkan modal asing mendominasi pegangan ekuiti tempatan dengan mengambil contoh Tesla.

Jelasnya, kemasukan Tesla ke Malaysia adalah melalui program Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV GLI) yang direka untuk menarik pembuat kereta eksklusif kenderaan elektrik (EV) ke negara ini.

Kehadiran Tesla akan dapat memupuk keyakinan pengeluar peralatan asal (OEM) lain untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau bagi teknologi EV.

“Ini tentu sekali akan memberi kesan limpahan positif ke atas ekonomi negara. Kita telah memerhatikan negara-negara seperti China, Hong Kong dan Norway, kemasukan Tesla telah mempercepatkan peralihan kepada kenderaan elektrik.

“Bila ini berlaku, banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mendapat manfaat daripada penyertaan dalam ekosistem EV. Dalam menjana kepentingan tempatan, kehadiran Tesla ke Malaysia bukan sahaja menjual kereta, banyak syarat-syarat yang dikenakan,” katanya.

Antaranya, Tesla disyaratkan memasang sejumlah besar pengecas pantas DC yang sebahagiannya untuk kegunaan kereta jenama selain Tesla, menggaji serta melatih sekurang-kurangnya 80 peratus warganegara Malaysia sebagai tenaga kerja syarikat selain bekerjasama dengan sekurang-kurangnya 10 pusat pengajian tinggi atau Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi pemindahan pengetahuan.

Selain itu, Tesla juga perlu bekerjsama dengan sekurang-kurangnya 10 syarikat domestik dan menggunakan kontraktor tempatan untuk rangkaian pengecasan tempatan bagi memastikan Malaysia mendapat manfaat secara meluas daripada kehadiran mereka, kata Tengku Zafrul.

Mengulas mengenai liberalisasi sektor perkilangan, Tengku Zafrul berkata ia telah wujud sejak 17 Jun 2003 melalui Pelan Induk Perindustrian Kedua (IMP 2)

“Mengikut dasar ini, syarikat-syarikat pengilang tidak lagi dikenakan syarat ekuiti yang mana 100 peratus pegangan asing dibenarkan bagi syarikat-syarikat baru. Dalam erti kata lain, dasar liberalisasi itu bukannya NIMP2030 yang buat, dasar itu memang sudah ada sejak IMP 2,” katanya.

Sebagai kesimpulan, Tengku Zafrul turut menjelaskan sasaran pelan NIMP 2030 adalah termasuk penambahan nilai ekonomi hampir RM588 billion, peningkatan 600,000 peluang pekerjaan dan kenaikan gaji purata kepada sekurang-kurangnya RM4,510 sebulan bagi sektor pembuatan.

“Jika strategi sebegini tidak progresif untuk Malaysia, apa lagi yang progresif?,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ujian Hidup Bella Astillah

PELAKON Bella Astillah baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas perceraian keduanya dengan penyanyi Aliff Aziz. Perceraian ini berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menjadi

Hayati falsafah korban

HARI ini 10 Zulhijah 1445 Hijrah, umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ia sangat sinonim dengan ibadah