ARTIKEL

MITI MEMUDAH CARA POTENSI PELABURAN RM13.2 BILION DARIPADA LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI CHINA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) hari ini telah memudahcarakan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara entiti Malaysia dan China, dengan potensi pelaburan berjumlah RM13.2 bilion.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya berbesar hati melihat semangat kerjasama kerajaan dengan kerajaan yang disambut baik oleh sektor swasta kedua-dua negara, melalui pertukaran MoU dalam pelbagai sektor bernilai tinggi.

“MITI berharap untuk melihat kerjasama ini meningkatkan ekonomi kita, termasuk mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan, mengembangkan perdagangan dalam sektor perkhidmatan dan menarik pelaburan berkualiti tinggi, di samping memperkasa pembangunan modal insan dan hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pertukaran MOU itu diadakan bersempena lawatan rasmi sulung Perdana Menteri China Li Qiang ke Malaysia.


Menurut kementerian itu, MoU tersebut mencerminkan keyakinan berterusan komuniti perniagaan China terhadap kekuatan dan kemampanan hubungan diplomatik selama 50 tahun antara Malaysia dan China selain mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu rakan pelaburan dan perdagangan utama China di rantau Asia Tenggara “MoU utama melibatkan beberapa agensi di bawah MITI, termasuk Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Bank Eksport-Import Malaysia Berhad (EXIM Bank Malaysia),” katanya.


MoU antara MIDA dan China International Capital Corporation Limited (CICC) bertujuan untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dan industri dengan fokus kepada meningkatkan peluang pelaburan dalam sektor bernilai tinggi dan meneroka integrasi rantaian bekalan dalam industri utama di Malaysia dan China.

MATRADE menandatangani MoU dengan Bank of China (Malaysia) Berhad untuk memperkukuh hubungan dengan institusi kewangan antarabangsa di samping meningkatkan akses pasaran serta pilihan pembiayaan bagi pengeksport Malaysia.

MoU antara EXIM Bank Malaysia dengan Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad (ICBC Malaysia) bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh hubungan kewangan dua hala.

MoU yang lain pula dimeterai antara syarikat Malaysia dan China bagi memperkukuhkan kerjasama dalam sektor bernilai tinggi seperti minyak dan gas, tenaga, pendidikan dan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), pertanian, automotif serta perkhidmatan utiliti.

Terdahulu hari ini selepas majlis makan tengah hari Komuniti Perniagaan China dan Malaysia, Tengku Zafrul berkata MITI akan bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya dari China untuk meneroka dan mengenal pasti kawasan baharu yang berpotensi untuk pembangunan taman perindustrian di bawah rangka kerja “Dua Negara, Taman Berkembar”.

“Dua Negara, Taman Berkembar” adalah projek utama kerjasama pelaburan peringkat kebangsaan dan projek utama yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur dan Laluan.

Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia di Guangxi dibuka pada 2012 dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan dibuka setahun kemudian di Malaysia.

“Kedua-dua negara bersetuju bahawa Malaysia dan China tidak seharusnya hanya melihat kepada (inisiatif) “Dua Negara dan Taman Berkembar” tetapi dua negara dengan pelbagai taman,” katanya. 

– Bernama

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang