ARTIKEL

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz | BERNAMA

MITI tubuh jawantankuasa bebas, khas indsutri besi dan keluli

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menubuhkan Jawatankuasa Bebas dan Khas bagi industri besi dan keluli Malaysia untuk mengkaji dan menyelaraskan semula hala tuju bagi mencapai objektif Pelan Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

Dalam satu kenyataan, MITI berkata jawatankuasa itu juga akan menilai prospek jangka pendek dan sederhana industri besi dan keluli serta menangani isu lebihan kapasiti.

Jawatankuasa itu juga akan menyediakan panduan mengenai dasar, terutamanya dalam pengeluaran keluli hijau dan pembangunan produk baharu bagi menggantikan produk import, menggalakkan eksport, dan menilai isu industri yang berkaitan dengan keselamatan negara, katanya.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penubuhan jawatankuasa bebas itu adalah bagi memastikan daya tahan dan kemampanan industri besi dan keluli negara.

“Keutamaan jawatankuasa itu adalah mencari penyelesaian untuk membantu industri bergerak seiring dengan perkembangan teknologi pembuatan hijau terkini, sejajar dengan komitmen Malaysia dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dan mencapai keneutralan karbon menjelang 2050.

“Pelaksanaan dan masa sangat penting.

Oleh itu, saya meminta jawatankuasa untuk membentangkan kajian komprehensif mereka mengenai industri besi dan keluli Malaysia dalam tempoh enam bulan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia Bhd Datuk Omar Siddiq dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa itu dan beliau dibantu oleh Prof Dr Ong Kian Ming, Datuk Hisham Hamdan, Yeoh Wee Jin, serta Chen Li-Kai, manakala Jarrod Lim Keng Yow dilantik sebagai setiausaha jawatankuasa. – BERNAMA

BERITA LAIN

HONOR Magic6 Pro dilengkapi teknologi Dolby

KUCHING: Andalan terbaharu dalam Siri Magic, HONOR Magic6 Pro dilengkapi dengan teknologi julat dinamik tinggi terkemuka Dolby Vision, untuk memberikan pengalaman tontonan terbaik. Menurut kenyatan

Industri perbankan tingkatkan keselamatan pelanggan

Kuala Lumpur: Industri perbankan bekerja rapat dengan pengawal selia dan agensi penguatkuasaan untuk mendapatkan sistem perbankan dan platform digital, meningkatkan langkah keselamatan mengikut modus operandi

Sasar 27.3 juta pelancong antarabangsa

SINGAPURA: Malaysia menyasarkan untuk menyambut ketibaan 27.3 juta pelancong antarabangsa pada tahun ini. Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Singapura Mohana Murni Shanmugam berkata, daripada jumlah itu,

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU