ARTIKEL

MITRA kembali bawah KPN bawa impak positif terhadap pembangunan masyarakat India Pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Malaysia (MITRA) dan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang ke atas pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ia boleh dilaksanakan melalui pelaksanaan program berimpak tinggi, sejajar dengan pemboleh daya perpaduan iaitu ‘memperkasakan komuniti minoriti dan rentan ekonomi’ yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara.

“Saya menyambut baik penstrukturan dan penyusunan semula agensi tersebut yang dianggap sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuh lagi peranan kementerian dan agensi-agensi berkenaan.

“KPN komited menambah baik pembangunan sosioekonomi masyarakat India melalui pemerkasaan pelbagai inisiatif dan program bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat India termasuk bidang pendidikan, ekonomi dan sosial,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki tembak mati 12 ahli keluarga di Iran

Seorang lelaki menembak mati 12 ahli keluarganya termasuk bapa, abang dan beberapa kanak-kanak di sebuah bandar kecil di tenggara Iran pada Sabtu, lapor Agensi Berita

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu