ARTIKEL

Facebook MITRA JPM

Mitra masih buka permohonan subsidi yuran IPT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) masih membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra, Datuk R. Ramanan berkata, bantuan itu menyasarkan 10,000 pelajar dalam pengajian tahun kedua, ketiga atau tahun akhir pengajian ijazah sarjana muda tidak kira penuntut di IPTA IPTS.

Ramanan berkata, sebanyak 8,583 permohonan diterima setakat 31 Ogos sejak permohonan dibuka pada Mei lepas dan sebahagiannya diproses serta dana dikreditkan menerusi akaun BSN pelajar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.