ARTIKEL

KE SEPARUH AKHIR...Barisan kesebelasan utama Mix Hajiba FC.

Mix Hajiba FC melangkah ke separuh akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kelab handalan, Mix Hajiba FC berjaya melangkah ke separuh akhir kempen Liga M5 2023.

Kejayaan anak-anak buah Mohd. Firdaus Othman@Koko menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik itu selepas mengenepikan cabaran pesaing mereka, Admania FC dengan agregat (10-4).

Mencatat kemenangan (5-2) pada suku akhir pertama, disusuli kemenangan dengan jaringan sama (5-2) pada aksi timbal balik.

“Gembira apabila berjaya melangkah ke separuh akhir.

. KEJAR…Penyerang Mix Hajiba FC, Mohd. Firdaus Othman (kiri) cuba mendapatkan bola daripada pemain Admania FC.

“Tahniah kepada semua pemain, kerja keras mereka pada dua perlawanan tersebut memastikan kemenangan bergaya,” ujar Koko kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Koko, pemain berjaya menterjemah strategi yang diguna pakai dengan begitu baik sekali.

Apa pun katanya, diharap pemain akan dapat mengekalkan momentum kemenangan untuk perlawanan peringkat separuh akhir.

“Aksi separuh akhir berlangsung Sabtu ini dan Mix Hajiba FC akan menentang Rimong Crocs United di Kompleks Sukan Lundu,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

Tunku Abu Bakar optimis naik podium lagi

SEPANG: Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim optimis pasukannya Triple Eight Johor Motorspors Racing (JMR) mampu sekali lagi menaiki podium pada GT World Challenge Asia

BERITA TERBARU