Trending

Mix Hajiba melangkah ke final

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MELANGKAH KE FINAL...Barisan utama pasukan Mix Hajiba FT

KUCHING: Skuad Mix Hajiba FT kini berada di landasan terbaik untuk menjulang mahkota juara Liga M5 Sarawak 2023.

Anak-anak buah Mohamad Firdaus@Koko Othman berjaya mengenepikan pencabar mereka, Rimong Crocs United (2-1) pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Lundu baru-baru ini.

“Gembira dengan kemenangan (2-1) yang diperoleh ke atas Rimong Crocs United pada separuh akhir sebelum ini.

“Segalanya berkat kerja keras kesemua pemain dan yang penting semangat juang tinggi dipamerkan mereka,” ujar Koko kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau turut menghambur pujian dan ucapan terima kasih kepada semua pemain atas komitmen diberikan sepanjang mengharungi perlawanan tersebut.

Katanya, diharap momentum cemerlang yang diperaga pemain sebelum ini dapat dikekalkan sehingga ke peringkat akhir nanti.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru