ARTIKEL

MMA: Tiada kompromi keganasan di tempat kerja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan bertegas dan tidak berkompromi terhadap keganasan di tempat kerja susulan kejadian serangan terhadap seorang doktor sebuah hospital di Sungai Petani oleh sekumpulan lelaki.

Presidennya, Dr N. Ganabaskaran dalam kenyataan hari ini menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) bukan sahaja telah membuat garis panduan tetapi juga modul latihan berkaitan keganasan tempat kerja untuk petugas KKM, namun insiden tersebut tetap berlaku.

“Kami (MMA) menggesa pihak berkuasa yang berkenaan untuk mengetatkan keselamatan di semua hospital dan pada masa sama mencegah keganasan sama berlaku terhadap para doktor.

“MMA mencadangkan, antara langkah-langkah yang boleh kerajaan pertimbangkan ialah kehadiran polis 24 jam di semua hospital kerajaan sama seperti kawalan keselamatan di kementerian dan jabatan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Dr Ganabaskaran percaya insiden sedemikian boleh meningkatkan tekanan pekerjaan dan mengurangkan semangat kerja, sekali gus boleh menjejaskan rawatan yang diberikan.

Pada Khamis lepas, seorang doktor di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah mengalami pelbagai kecederaan selepas dipukul oleh sekumpulan lelaki, akibat kes cemburu melibatkan seorang wanita.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan