KUCHING: Inisiatif memorandum persetujuan (MoA) di antara Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS) dan Johan Perwira Sdn Bhd mampu menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan di Malaysia pada masa akan datang.
Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata, langkah ini diambil kira sebagai persiapan masa depan serta mencari bakat atlet-atlet menjelang Olimpik 2028 Los Angeles.
“Kita sedang menuju ke arah yang betul dalam melangkah untuk menjadi kuasa sukan pada masa akan datang.
“Prestasi ABAS adalah satu kebanggaan buat Sarawak kerana persatuan ini telah melahirkan ramai pemain tenpin boling yang berbakat.
“Dari segi pencapaian pada Sukan Malaysia (SUKMA), mereka telah memberi pingat yang banyak kepada Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis MoA hari ini.