ARTIKEL

Model perniagaan secara automasi, digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan terus memperhebat usaha mendorong manfaat usahawan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk meningkatkan tahap daya saing melalui peralihan model perniagaan secara automasi dan pendigitalan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, untuk itu sejumlah RM100 juta disediakan bagi menyediakan geran pendigitalan sehingga RM5,000 yang memanfaatkan lebih 20 ribu usahawan PKS dan pengusaha mikro.

Katanya geran itu dapat digunakan untuk menaik taraf sistem jualan, inventori dan perakaunan digital.

“Sejumlah RM900 juta dana pinjaman di bawah BNM turut disediakan untuk menggalakkan syarikat PKS meningkatkan produktiviti perniagaan melalui automasi dan pendigitalan.

“Sementara, RM40 juta disediakan bagi melaksanakan Program Shop Malaysia Online untuk menggalakkan peniaga kecil khususnya dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah,” katanya dalam ucapan Belanjawan 2024 semalam.

Menteri Kewangan juga berkata peranan Pusat Ekonomi Digital di setiap DUN juga terus diperkasa untuk menyokong pengusaha kecil menjual produk secara dalam talian dengan peruntukan RM25 juta.

“Bagi menyokong syarikat untuk kekal berdaya saing, Kerajaan juga bercadang untuk mengurangkan tempoh syarikat dibenarkan menuntut elaun modal ke atas perbelanjaan pembelian peralatan ICT serta pakej perisian komputer kepada tiga tahun ketimbang empat tahun mulai tahun taksiran 2024,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,

Sasaran perdagangan, pelaburan dapat dicapai

KUALA LUMPUR: Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),

Ekonomi hijau S’wak jadi contoh baik global

KUCHING: Sarawak menunjukkan contoh baik kepada seluruh dunia dalam membangunkan ekonomi hijau, kata Pengerusi Majlis Perdagangan dan Pelaburan Komanwel (CEIC), Lord Jonathan Peter Marland. Lord

BERITA TERBARU

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar