ARTIKEL

Modi kuasai tiga negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

NEW DELHI: Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi dilaporkan menguasai tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) manakala parti pembangkang Kongres Kebangsaan India mendahului di negeri Telangana.

Lima negeri iaitu Madhya Pradesh, Rajasthan, Chhattisgarh, Telangana dan Mizoram mengadakan PRN pada November sebelum pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Keputusan selepas kiraan undi dijalankan pada Ahad menunjukkan BJP mengekalkan penguasaan di Madhya Pradesh selain merampas Rajasthan dan Chhattisgarh yang diperintah oleh Kongres.

BJP mendahului di 55 kawasan pilihan raya daripada 90 kerusi dewan undangan negeri di Chhattisgarh di tengah India manakala Kongres mendahului di 32 tempat.

Di Rajasthan di utara India yang mempunyai 200 kerusi dalam dewan undangan negeri, BJP dilihat mampu memenangi kira-kira 110 kerusi manakala Kongres mendapat lebih 70 kerusi.

Di Madhya Pradesh, kubu kuat nasionalis Hindu, parti Modi dijangka memenangi kirakira 160 kerusi daripada 230 kerusi.

Kemenangan di tiga negeri itu memberikan BJP lebih keyakinan untuk mencabar pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan dikenali sebagai INDIA menjelang pilihan raya umum 2024 yang dijadualkan sebelum Mei.

Di Telangana, parti Kongres mengalahkan parti Bharat Rashtra Samithi (BRS).

Kongres juga mendahului di 64 kerusi berbanding 40 kerusi untuk BRS di dewan undangan negeri Telugu yang mempunyai 119 kerusi.

Enam lagi kerusi dimenangi All India Majlis-e-Ittehadul Muslimeen dan BJP memperoleh lapan kerusi. Kiraan undi di negeri Mizoram di timur laut India sepatutnya diadakan bulan lalu tetapi dijadualkan semula pada Isnin.

Pemimpin pakatan pembangkang akan bertemu di New Delhi pada Rabu untuk membincangkan strategi untuk menghalang Modi daripada menjadi perdana menteri untuk penggal ketiga pada 2024. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta