ARTIKEL

Modul literasi kewangan dicadang dimasukkan dalam program PLKN 3.0 – Ahmad Zahid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SHAH ALAM:  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar modul literasi kewangan turut dimasukkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sebagai persediaan awal generasi muda hadapi cabaran masa depan. 

Beliau berkata perkara itu dapat dilakukan dengan kerjasama antara Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PLKN di bawah Kementerian Pertahanan. 

“Beberapa pendekatan mesti dilakukan agar kadar kebankrapan dapat ditangani di peringkat awal. Jika ini tidak dibuat maka dikhuatiri sebelum masuk ke pasaran guna tenaga, mereka terlebih dahulu mempunyai keberhutangan yang tinggi dan ini sangat tidak sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutup Konvensyen Literasi Kewangan Belia Kebangsaan 2023 anjuran i-LEAD di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam semalam. Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeo. 

Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

Modul itu adalah sebagai persediaan awal untuk generasi muda menghadapi cabaran masa hadapan termasuk berkenaan pembelian dalam talian, penawaran kad kredit dan pembelian tanpa tunai, katanya.

Ahmad Zahid berkata selain PLKN, institusi pendidikan lain termasuk Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta kolej juga harus menyediakan kursus berkenaan literasi kewangan.

Sementara itu, Hannah berkata KBS melalui i-LEAD kini menumpukan kepada pembangunan sosioekonomi belia dan isu kebankrapan dalam kalangan belia dengan membantu mereka menyedari dan mendapatkan kemahiran untuk berbelanja secara berhemah. 

“Pada tahun ini, sembilan orang di bawah umur 25 tahun diisytihar bankrap manakala 419 orang di antara umur 25 hingga 34 tahun bankrap. Mereka ini tergolong dalam lingkungan umur belia yang rata-ratanya baru memulakan kehidupan dan kerjaya,” katanya. 

Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak 5,695 kes kebankrapan direkodkan dengan pinjaman peribadi merupakan punca terbesar yang menyumbang kepada 46.8 peratus daripada punca-punca kebankrapan lain seperti pinjaman perniagaan, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur