ARTIKEL

FB Dr Annuar Rapaee

Modul SEEP Percuma: Sarawak Komited Bantu Pelajar Hadapi Peperiksaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru cemerlang dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) atas komitmen luar biasa mereka dalam menerbitkan buku modul khas untuk pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5.

Buku modul ini direka khusus untuk menyokong proses pembelajaran pelajar sekolah menengah, termasuk mereka yang mengikuti kelas di bawah Sistem Pendidikan Ekspres (SEEP) di seluruh Sarawak.

FB Dr Annuar Rapaee

Modul yang dihasilkan meliputi subjek teras seperti Matematik, Sains, Sejarah, Matematik Tambahan, Biologi, Fizik, Kimia dan Bahasa Inggeris.

Menurut Dr Annuar Rapaee
inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara percuma, terutamanya kepada pelajar SEEP yang mengikuti program tuisyen tanpa bayaran.

“Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti haruslah dapat diakses oleh semua pelajar tanpa mengira latar belakang. Dengan adanya modul ini, pelajar dapat membuat ulang kaji dengan lebih tersusun dan bersedia menghadapi peperiksaan. Ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri dalam memperkasakan pendidikan anak Sarawak,” ujar beliau dalam kenyataan yang dikongsikan dalam Facebook rasmi semalam.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa penerbitan modul ini akan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik pelajar serta memberi motivasi tambahan kepada mereka dalam mencapai kejayaan.

“Usaha murni ini tidak akan berjaya tanpa dedikasi dan kepakaran para guru. Terima kasih atas pengorbanan masa dan tenaga demi masa depan generasi muda kita,” tambah kenyataan itu lagi.

Diharap lebih banyak kerjasama seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan sistem pendidikan negeri Sarawak terus maju dan inklusif.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU