DEBAK: Dahulu kalahkan seorang, kini pada PRN-12 calon GPS Saribas Mohammad Razi Sitam berjaya menumbangkan empat pencabar.
Ahli Majlis Tertinggi PBB itu memperoleh 5,138 undi dengan majoriti kemenangan 3,236.
Pencabar terdekatnya adalah komposer terkenal tanah air yang juga bekas pengetua Patrick Kamis yang mewakili PKR mendapat 1,902 undi.
Sementara tiga lawan lain yang hilang deposit ialah Sim Min Leong dari Lundu mewakili PBK (74 undi), Kurnaen Boben daripada parti Sedar (60 undi) dan seorang pesara tentera Melainie Bolhassan yang bertanding atas tiket PSB (668 undi).
Untuk rekod pada PRN-11, Razi menewaskan Yakup Daud daripada PKR.
Terdahulu di sebelah pagi, beliau membuang undi di SK Datuk Bandar sekitar jam 10.15 pagi.