ARTIKEL

Julaihi menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini. - Foto: UKAS

Mohon kerajaan pertimbang pembinaan Esplanade Sebuyau – Julaihi Narawi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kerajaan Sarawak diminta mempertimbangkan cadangan pembinaan Esplanade Sebuyau susulan kepada pembinaan Jalan Utama Kedua (STR) dan Jambatan Batang Lupar dekat sini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, perkara tersebut penting kerana ia dilihat dapat menjadi salah satu tarikan pelancong di kawasan berkenaan.

“Saya berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan pembinaan satu esplanade berhampiran dengan Jabatan Batang Lupar dan STR.

“Mungkin kita boleh memperincikan perkara ini pada masa akan datang supaya satu hari kelak tapak ini akan menjadi tarikan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau bersama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak dan Premier Sarawak di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini. 

Kawasan cadangan bagi pembinaan esplanade tersebut adalah di kawasan hujung Kampung Giat Mara.

Sementara itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau juga memaklumkan selain perkara tersebut, beliau juga berharap agar kerajaan dapat membantu menyediakan stadium mini di kawasan tanggungjawabnya itu.

“Ini kerana anak-anak muda kita aktif bersukan, saya telah banyak meluluskan peruntukan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk membina padang futsal dan sebagainya.

“Tetapi mungkin selain daripada Dewan Pembangunan ini, saya berasa bahawa kita memerlukan sebuah mini stadium dan tapaknya di Bandar Baharu Sebuyau (Sebuyau New Township) untuk memenuhi keperluan anak-anak muda,” ujarnya.

Julaihi (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua kanan) disaksikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua kiri) dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (kanan). – Foto: UKAS

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,