Mohon rumah PPR

ATLET veteran angkat berat para Sarawak, Gustin Jenang berharap Kerajaan Sarawak dapat membantu mereka sekeluarga untuk membina sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) sebagai penghargaan kepada anaknya Bonnie Bunyau yang meraih pingat emas pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para Dunia di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Beliau yang pernah mewakili Malaysia dalam dalam kejohanan antarabangsa pernah memohon rumah berkenaan namun sehingga kini belum ada maklum balas.

“Oleh itu, saya berharap agar Kerajaan Sarawak dapat meluluskan permohonan saya. Walaupun kami sekeluarga mempunyai rumah di Kampung Mawang Baru, Taie, Serian tetapi rumah di bandar amat diperlukan bagi memudahkan anak-anak turun berlatih. “Tambahan pula, anak saya Bryan Jusnancey juga merupakan atlet para Sukma yang ditangguhkan latihan kerana pandemik Covid-19.

Bonnie pula meneruskan latihannya di Kuala Lumpur,” katanya semasa dihubungi arena Suara Sarawak semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021

Suara Sarawak