
KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathiananthan masih dibuai keyakinan akan keupayaan pemainnya untuk melakukan kejutan terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan pusingan kedua kempen Piala FA 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok.
Meskipun sedar ia misi mustahil untuk direalisasi dengan mengambil kira lawan yang bakal dihadapi itu lengkap disegenap posisi.
Namun, berbekal aura kemenangan (2-1) ketika menumpaskan Sri Pahang FC dalam kempen Liga Super 2022 beberapa hari lalu.
Menurutnya, ia mampu menjadi penanda aras terbaik untuk barisan kesebelasan utama yang bakal diturunkan malam esok meneruskan momentum kemenangan.
“Tugas berat menanti kami malam esok. Namun, saya ingatkan kepada pemain agar beraksi dengan lebih baik sepanjang saingan,” ujar Sathia kepada Arena Suara Sarawak.