KUCHING: Mong Dagang berjaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Begunan pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak dengan majoriti 1,402 undi.
Keputusan rasmi tersebut menunjukkan calon GPS itu berjaya meraih 4,054 undi.
Sehubungan itu, beliau juga berjaya menewaskan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Norina Umoi Utot yang meraih 2,652 undi; calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Entusa Imam (115 undi); dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Vinton Langang Sangga (86 undi).