ARTIKEL

Monsun Timur Laut: Belum ada laporan berkaitan banjir, tanah runtuh dan ribut di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak belum menerima sebarang laporan berkaitan musibah banjir, tahan runtuh dan ribut akibat Monsun Timur Laut (MTL) setakat jam 4 petang hari ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat pemantauan di lokasi di 28 lokasi.

Pemantauan dijalankan APM Sarawak di Daerah Belaga.

“Berdasarkan pemantauan yang dijalankan, paras air sungai berada pada tahap normal dan menurun di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuching, Lubok Antu, Spaoh Betong, Sarikei, Meradong, Julau, Pakan, Selangau, Daro dan Dalat.

“Hanya Jelutong Barat, Tebingan Sungai Nyelong di (PKOD) Sarikei mendapati paras air meningkat,” katanya menerusi laporan pemantauan MTL APM Sarawak, hari ini.

Katanya, seramai 35 orang anggota APM melakukan pemantauan pada jam 8 pagi sehingga jam 4 petang yang turut membabitkan 15 logistik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sebelum ini meramalkan MTL bermula semalam sehingga Mac 2024.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim