ARTIKEL

Premier ketika merasmikan mercu tanda 0 KM Kuching dalam Majlis Gala RISM Ke-50, di sini, semalam. (FOTO: UKAS)

Monumen Kilometer Sifar bakal jadi mercu tanda baharu Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyempurnakan pelancaran monumen Kilometer Sifar atau 0 KM dalam Majlis Gala Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM) Ke-50 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, semalam.

Monumen tersebut akan dibina di Kuching sekali gus menjadi mercu tanda baharu di bandar raya ini.

Struktur monumen yang berketinggian dua meter dan tiga meter lebar itu menyerupai dua ekor kucing yang memegang papan tanda 0 KM.

Monumen tersebut merupakan sumbangan RISM sempena ulang tahun ke-50 pertubuhan tersebut.

Sehubungan itu, tiga lokasi telah dikenal pasti bagi membina monumen tersebut iaitu berdekatan Mahkamah Lama Kuching, Jambatan Darul Hana dan Jalan Gambier.

Ia dijangka akan dibina dalam tahun ini selepas reka bentuk dan lokasi ditentukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pada masa sama, ia mewakili titik dari jarak diukur dan berfungsi sebagai rujukan untuk pelbagai lokasi, sama ada di bandar atau seluruh negara.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Struktur monumen menyerupai dua ekor kucing yang memegang papan tanda 0 km. (FOTO: UKAS)
TERIMA KASIH….Premier menerima cenderamata daripada pihak RISM dalam majlis tersebut. (FOTO: UKAS)

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)