Monyet gelapkan Matu Daro

MUKAH: Bekalan elektrik yang terputus di kawasan Matu Daro baru-baru ini dipercayai berpunca daripada seekor monyet yang berada di atas pencawangnya.

Pengurus Wilayah Wilayah Tenaga Tengah Sarawak Nazry Abdul Latip berkata, insiden berkenaan menyebabkan gangguan selama satu setengah jam bagi pengguna di Matu dan Daro, jam 2 petang pada 10 Mei lalu.

“Namun usaha menyelamatkan monyet yang cedera gagal kerana monyet berkenaan melarikan diri setelah pasukan teknikal tiba di lokasi.

“Gangguan tersebut kemudian disahkan sebagai penyebab gangguan, setelah pencawang tergendala akibat monyet berkenaan dan pulih sepenuhnya pada jam 3.46 petang,” jelasnya lagi.

Bagi mengurangkan masalah gangguan bekalan elektrik akibat binatang liar di pencawang elektrik, Sarawak Energy Berhad (SEB) kini merancang menggunakan konduktor yang lebih tertutup untuk laluan bekalan elektrik khasnya ke luar bandar dan kawasan pedalaman Sarawak.

Suara Sarawak