ARTIKEL

Morales ‘Senjata’ baharu Harimau Malaya hadapi Piala Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Penyerang naturalisasi baharu Kuala Lumpur (KL) City FC Romel Morales berpeluang menyarung jersi Malaysia buat kali pertama apabila dipanggil ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya menjelang Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan.

Pemain berusia 26 tahun berasal dari Colombia itu yang dilaporkan bakal mendapat kerakyatan negara ini dalam tempoh terdekat, bakal bersaing dengan 25 pemain lain disenaraikan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi kem di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya bermula 26 Dis ini.

Morales yang mengumpul keseluruhan 15 gol dalam kempen Liga Malaysia 2023 antara empat pemain naturalisasi dalam senarai skuad Harimau Malaya kali ini, selain rakan sepasukannya di KL City Paulo Josue dan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Endrick Dos Santos dan Mohamadou Sumareh. 

Berdasarkan senarai kali ini, Pan Gon mengekalkan seramai 22 daripada 25 pemain dalam skuad yang mencatat dua kemenangan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan lepas.

Selain Morales, tiga pemain baharu tersenarai kali ini adalah dua pemain JDT Mohamed Syamer Kutty Abba dan Natxo Insa yang merupakan pemain kacukan serta pemain pertahanan Selangor FC Ahmad Khuzaimi Piee.

“19 pemain diletakkan dalam senarai bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai di atas (26 pemain). Dua pemain Shahrul Nazeem Zulpakar dan Azam Azmi Murad masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan,” menurut FAM dalam kenyataan semalam.

Pada saingan Piala Asia 2023 dari 12 Jan sehingga 10 Feb depan, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen dengan bertemu Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan pasukan pilihan serta juara dua kali, Korea Selatan pada 25 Jan.

Juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa Malaysia mencipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik buat kali pertama dalam penampilan keempat Malaysia di kejohanan bola sepak berprestij Asia itu.

Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat tersebut: 

No.NamaPasukan
1.Ahmad Syihan Hazmi MohamedJDT
2.Matthew DaviesJDT
3.La’vere Lawrence Corbin-ongJDT
4.Endrick Dos SantosJDT
5.Arif Aiman Mohd HanapiJDT
6.Muhammad Safawi RasidJDT
7.Muhammad Akhyar Abdul RashidJDT
8.Shahrul Mohd SaadJDT
9.Muhammad Syahmi SafariJDT
10.Mohd Afiq FazailJDT
11.Mohamadou SumarehJDT
12.Mohamed Syamer Kutty AbbaJDT
13.Natxo InsaJDT
14.Dominic TanSabah FC
15.Daniel Sang TingSabah FC
16.Stuart John WilkinSabah FC
17.Darren LokSabah FC
18.Brendan GanSelangor FC
19.Mohamad Faisal Abdul HalimSelangor FC
20.Ahmad Khuzaimi PieeSelangor FC
21.Muhammad Azri Ab GhaniKL City FC
22.Paulo JosueKL City FC
23.Romel MoralesKL City FC
24.Sikh Izhan Nazrel Sikh AzmanNegeri Sembilan FC
25.Dion-johan CoolsBuriram United
26.Junior EldstalDewa United FC

– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

Pencarian bakat baharu di Betong

BETONG: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini, menzahir ucapan terima kasih kepada pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) Sarawak

BERITA TERBARU