ARTIKEL

Stadium Nasional Bukit Jalil

Moratorium jangka pendek bagi sebarang struktur pentas di Padang Stadium Nasional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Satu moratorium jangka pendek telah dikeluarkan untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) di sini sehingga keadaan rumput mencapai tahap yang baik.

Perkembangan itu disahkan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) yang menyatakan moratorium itu dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, susulan hasil mesyuarat pascanilai pada 1 April lepas.

Menurut PSM, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pengarah PSM, Datuk Seri Windsor John, itu membincangkan keadaan padang Stadium Nasional ketika perlawanan Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Oman pada bulan lalu.

“Susulan daripada hasil pascanilai itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas yang melibatkan persediaan konsert di atas rumput sehingga kondisi rumput mencapai tahap yang baik.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada penganjur konsert pada sesi dialog antara menteri dan para penganjur konsert semalam,” menurut kenyataan itu hari ini.
 
Menurut PSM, sesi dialog itu turut membincangkan langkah yang boleh diambil oleh perbadanan itu untuk menyediakan fasiliti yang lebih sempurna.

Dalam pada itu, PSM memaklumkan penganjur masih boleh membuat tempahan, namun sebarang struktur pentas dan menara bunyi adalah dilarang di atas padang.

“Ini merupakan langkah untuk tidak menjejaskan rumput di SNBJ dan memastikan rumput berada dalam keadaan optimum bagi perlawanan bola sepak yang akan datang,” menurut kenyataan itu lagi.

Keadaan padang SNBJ menjadi perdebatan hangat sebelum ini selepas tular sebuah video dan gambar permukaan padang yang rosak ekoran penganjuran konsert penyanyi antarabangsa, Ed Sheeran, pada 24 Februari lalu.

Malah isu sama turut berlaku pada November tahun lalu apabila PSM membenarkan konsert Coldplay dianjurkan sehingga mengakibatkan permukaan padang rosak meskipun rumput jenis Zeon Zoysia itu baru ditukar.

Selain itu, pasukan Malaysia dan Oman juga tidak dibenarkan berlatih sehari sebelum pertembungan Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti