Trending

MOSTI mahu kerjasama dengan Sarawak dalam bidang teknologi baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Chiewn Choon Man bersama-sama dengan rombongan dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak

MIRI: Sarawak di hadapan dalam bidang teknologi baharu memberi dorongan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk mewujudkan satu kerjasama rapat dengan negeri ini.

Susulan itu, Ahli Parlimen Miri Chiewn Choon Man bersama-sama dengan rombongan MOSTI mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, semalam.

Katanya, Sarawak mendahului dalam beberapa bidang teknologi tertentu dan kerjasama yang rapat ini akan memanfaatkan rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Pengenalan kepada teknologi baharu ini merupakan peluang untuk Malaysia mencapai satu model ekonomi yang berteraskan teknologi, nilai dan produktiviti tinggi yang akan membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

“Untuk itu, kunjungan tersebut membincangkan mengenai kerjasama yang dapat dijalinkan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sarawak terutamanya dalam bidang teknologi baharu,” katanya.

Dalam pada itu, rombongan tersebut turut membincangkan mengenai potensi kerjasama dalam bidang ekonomi hidrogen kerana MOSTI kini sedang menerajui Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).

Justeru katanya, beliau akan terus melibatkan diri dalam penggubalan dan perbincangan dasar teknologi dan ekonomi di peringkat Parlimen.

Beliau turut meluahkan keyakinan bahawa dengan kerjasama rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak akan dapat memperoleh pencapaian yang lebih baik dalam setiap bidang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru