ARTIKEL

MOSTI sasar mudahkan penubuhan 900 pemula niaga AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk memudahkan penubuhan sehingga 900 pemula niaga kecerdasan buatan (AI) menjelang 2026 melalui program perintis A.I Sandbox 2024.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kerajaan menjangka melahirkan lebih 13,000 bakat baharu AI menjelang 2026, sekali gus menghasilkan tenaga kerja mahir yang berupaya menangani cabaran masa depan.

“Inisiatif ini berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi sehingga 10 peratus melalui penciptaan industri baharu, peluang pekerjaan dan peningkatan daya saing dalam pasaran global.

“Ini bukti komitmen kami untuk memacu inovasi di arena antarabangsa, sejajar dengan matlamat nasional kami menyokong 100 syarikat AI untuk menjana pendapatan RM1 bilion menjelang 2030,” katanya.

Chang berkata demikian dalam ucapan perasmian sebelum melancarkan program perintis A.I Sandbox 2024 antara Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dengan sebuah syarikat teknologi, NVIDIA di MRANTI Park di Bukit Jalil di sini, semalam.

Chang berkata kerjasama antara MRANTI dengan NVIDIA bakal menyediakan peluang ekonomi baharu, merangsang keusahawanan, menarik pelaburan asing dan mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam industri baharu di negara ini yang dipacu oleh AI.

Selain itu, beliau berkata penglibatan NVIDIA menawarkan platform penting untuk penyedia teknologi AI menguji kaedah penyelesaian mereka dalam dunia sebenar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu, Zambry berkata melalui inisiatif seperti “Deep Learning Ambassador Programmes” dan kursus “Deep Learning Institute” yang disediakan dengan kerjasama NVIDIA, kerajaan menyediakan platform untuk menyediakan lonjakan besar dalam pendidikan dan aplikasi AI.

Beliau berkata KPT juga bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia untuk projek perintis membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan yang pertama di Malaysia.

“Mulai Oktober tahun ini, kohort sulung program Ijazah Sarjana Muda AI memulakan pengajian mereka, menumpukan kepada kurikulum yang dibangunkan dengan input daripada pakar AI terkemuka,” katanya.- Bernama

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

BERITA TERBARU

Jaga manah ‘Kumang Menua’ kitai

KUMANG ba budaya kitai Iban chukup besai bendar reti lalu nya ngenang pemajik, pemintar, pemanah budi basa enggau status siku indu dara. Nya alai, ukai