ARTIKEL

MOT: Industri perkapalan sasar peralihan ke tenaga mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memberi tumpuan kepada peralihan tenaga yang mampan untuk industri perkapalan sebagai sebahagian daripada usaha mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Menterinya Datuk Hasbi Habibollah.

Beliau berkata sektor perkapalan penting untuk perdagangan antarabangsa memandangkan 80 hingga 90 peratus perdagangan global berlaku melalui perkapalan dan dianggarkan melibatkan tiga peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global (GHG).

“Sebagai negara anggota Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), harapan kami sebagai ahli majlis yang komited adalah untuk terus bekerjasama melalui misi jangka panjang yang dikongsi untuk menggalakkan perkapalan yang selamat, terjamin, mesra alam, cekap dan mampan untuk semua negara,” kata Hasbi dalam ucapan perasmiannya, sempena pameran dan persidangan Minggu Maritim Malaysia 2023 di sini semalam.

Beliau juga berkata bahawa fokus utama pameran itu adalah untuk memfokuskan kepada perbincangan mengenai naratif global peralihan tenaga perkapalan, mengulangi komitmen yang tidak berbelah bahagi IMO untuk melindungi dan memelihara alam sekitar.

“Sebagai salah satu acara tahunan terbesar dalam industri maritim Malaysia, pameran kali ini akan memfokuskan kepada mesra alam seperti (mengurangkan) pelepasan karbon dan peralihan kepada tenaga lebih hijau dalam industri perkapalan,” kata timbalan menteri itu.

Acara tiga hari itu bertemakan “International Convention for the Prevention of Pollution from Ships (MARPOL) at 50-Our commitment goes on”.

Pameran ini terbuka kepada orang ramai dan mempamerkan 24 reruai daripada pemain industri tempatan dan empat pemain antarabangsa seperti Indonesia, Korea Selatan, Jepun dan China dalam menyokong peralihan yang lebih hijau dalam sektor perkapalan. – BERRNAMA

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP