ARTIKEL

1: Op Bersepadu Luaran dijalankan oleh JSPT Sarawak dan MOTAC di Jalan Bako dan Jalan Santubong pada semalam.

MOTAC keluarkan 11 notis pelancongan dalam Op Bersepadu Luaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan 11 notis berkaitan pelbagai kesalahan pelancongan dalam operasi bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, di sini semalam.

Op Bersepadu Luaran itu dijalankan di Jalan Bako dan Jalan Santubong membabitkan seorang pegawai dan tiga anggota JSPT Sarawak bersama 14 pegawai MOTAC.

Operasi bermula jam 6.30 pagi hingga 1.30 petang itu turut dijalankan rondaan di Jalan Satok, Jalan Abdul Rahman Yaakob dan Jalan Sultan Tengah. 

Sepanjang operasi, pegawai MOTAC mengeluarkan sembilan notis di bawah Seksyen 4(1) Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan (APKP) 1999 yang menyatakan tiada seorang pun boleh menjalankan atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan kenderaan pelancongan kecuali syarikat yang dilesenkan di bawah AIP.

Selain itu, satu notis di bawah Seksyen 26 AIP 1992 dikeluarkan kerana tidak memakai kad Pemberian Kuasa (PK) semasa bertugas.

Sementara satu notis dikeluarkan di bawah Perkara 6(1)(i)(iii) Perniagaan Pengendalian Pelancongan dan Perniagaan Agensi Pengembaraan 1992 kerana tidak menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong berlesen.

Manakala, pihak polis mengeluarkan 91 keping saman atas pelbagai kesalahan trafik setelah melakukan 161 pemeriksaan terhadap 90 buah kereta, 30 buah motosikal, 16 buah van, 15 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan 10 buah lori.

Op Bersepadu Luaran dijalankan oleh JSPT Sarawak dan Motac di Jalan Bako dan Jalan Santubong pada semalam. 

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU