ARTIKEL

MOTAC lancar pelan pemulihan pelancongan, kebudayaan – Nancy Shukri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini melancarkan kempen Penyemarakan Semula Pelancongan Domestik sebagai langkah pemulihan sektor itu, yang terjejas susulan penularan COVID-19.

Menterinya, Nancy Shukri berkata menerusi kempen itu beberapa langkah merangkumi Pelan Pemulihan Pelancongan dan Pelan Pemulihan Kebudayaan diperkenal untuk merancakkan semula sektor berkenaan khususnya pelancongan domestik.

Jelasnya, walaupun kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) telah dibatalkan sebelum ini, namun usaha-usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan yang selamat akan diteruskan.

“Sebagai permulaan, kita mahu ia (pelan pemulihan) dibuktikan menerusi pelancongan domestik, kita sendiri harus memainkan peranan menyemarakkan semula industri pelancongan negara, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat untuk dikunjungi pada masa hadapan,” katanya pada sidang media di kementeriannya, di sini.

Pada Ahad, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini, antara lain menyaksikan aktiviti pelancongan domestik dibuka semula.

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU