ARTIKEL

Anggota bomba memadamkan kebakaran motosikal tersebut.

Motosikal Modenas terbakar di Jalan Berjaya, Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Sebuah motosikal jenis Modenas dilaporkan terbakar di Jalan Berjaya di sini malam tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.22 malam.

Sejurus itu, katanya, sepasukan anggota bomba berserta sebuah jentera FRT dan EMRS dikerahkan ke lokasi yang terletak empat kilometer dari balai.

“Sampai di lokasi, komander operasi membuat ‘size up’ dan kebakaran melibatkan sebuah motosikal.

“Kebakaran tersebut lebih kurang 80 peratus musnah dan tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kematian,” ujarnya.

Menurutnya, pihak bomba kemudian terus menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran salur bantu mula dan sumber air dari jentera bomba untuk mengawal dan memadamkan kebakaran.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.30 malam. Namun kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca api di tempat kejadian dan padam sepenuhnya.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” ujarnya.

Beliau menambah, operasi sepenuhnya ditamatkan pada jam 11.50 malam.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU