ARTIKEL

Lee (dua kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr Wong (dua kanan).

MOTS laksana inisiatif tingkatkan keselamatan jalan raya seluruh Sarawak bersama MIROS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin mengetuai rombongan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pada Sabtu.

Lawatan kerja tersebut antara lain bertujuan meningkatkan kerjasama dan mewujudkan perkongsian kukuh antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan MIROS.

Pada lawatan tersebut, Lee dan rombongan mendengar taklimat mengenai fungsi dan operasi terkini institut tersebut daripada Pengerusi MIROS, Profesor Dr Wong Shaw Voon.

Semasa lawatan itu juga, rombongan Lee turut dipertontonkan video demonstrasi ujian pelanggaran lalu lintas di bilik pameran MIROS, malah mereka juga menyaksikan demonstrasi secara langsung prestasi gangguan pemandu menggunakan simulator memandu.

Beberapa aspek berkaitan keselamatan jalan raya di Sarawak, termasuk audit keselamatan jalan raya dan prosedur penarafan bintang, penyiasatan dan analisis kemalangan jalan raya serta pelaksanaan Program Penilaian Jalan Raya Malaysia (MyRAP), dibincangkan pada lawatan Lee dan rombongan MOTS.

Melangkah ke hadapan, MOTS berhasrat untuk bekerjasama dengan MIROS bagi membangunkan dan melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya di seluruh Sarawak untuk meningkatkan standard keselamatan jalan raya secara keseluruhan dan mengurangkan insiden lalu lintas jalan raya dan kematian dengan berkesan.

Lee (enam kiri) dan rombongan MOTS merakam gambar bersama Dr Wong (tujuh kiri) dan pegawai MIROS.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)