ARTIKEL

MoU FSJA Dan PWI Kalbar luaskan liputan media di dua wilayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Memorandum persefahaman (MoU) antara Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) dengan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) Kalimantan Barat akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam bidang kewartawanan.

Sesi menandatangani MoU itu turut disaksikan Gabenor Kalimantan Barat, Bapak Haji Sutarmidji M.Hum di pejabatnya di sini dan Konsul Malaysia, Azizul Zekri Abd Rahim.

FSJA diwakili oleh Naib Presiden II Jacqueline David manakala PWI Kalbar diwakili oleh Presiden Gusti Yusri.

Menurut Gusti, MoU itu bertujuan meningkatkan kerjasama kedua-dua pihak melalui pertemuan tahunan di mana-mana venue antara Kuching dan Pontianak.

“Dalam mesyuarat nanti, kita akan membincangkan isu semasa dalam bidang kewartawanan, teknologi maklumat, sosial, ekonomi, sukan, seni, pelancongan, pendidikan dan budaya. 

“Kita juga akan bertukar maklumat daripada kedua-dua pihak untuk membina imej positif di Sarawak dan Kalimantan Barat,” katanya.

Sementara itu, Presiden FSJA Andy Jong berkata, MoU tersebut akan membolehkan FSJA dan PWI Kalbar untuk meluaskan liputan media melintasi dua wilayah. 

“Ini membolehkan kita bersama-sama membantu negara mempromosikan ekonomi di antara negara masing-masing terutama dalam pemasaran produk tempatan.

“Di Sarawak, kita akan melihat banyak jualan produk buatan Indonesia. Begitu juga apabila kita datang ke Indonesia, kita pasti menemui produk dari Sarawak.

Jelas Andy lagi kolaborasi ini juga dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di dua wilayah Borneo ini.

Delegasi FSJA terdiri daripada 15 petugas media dari pelbagai agensi dalam rangka lawatan selama empat hari ke Pontianak dari 5 hingga 8 Julai.

.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU