MoU kelima k@ Borneo jalin kerjasama serantau

KUCHING: Sebanyak 10 organisasi terlibat dalam majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) kelima k@ Borneo secara maya, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak Arpah Adenan berkata, objektif kolaborasi itu bukan sahaja untuk menjalin kerjasama serantau dalam membangun dan berkongsi pelbagai maklumat mengenai Borneo, malah turut berkongsi keupayaan manusia dan tanggungjawab dalam berkongsi maklumat mengenainya.

“Semua organisasi yang terlibat bersetuju untuk terus bekerjasama di bawah k@Borneo demi kepentingan bersama. “Antara organisasi yang terlibat termasuk Pustaka Negeri Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak, Yayasan Tun Jugah, Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Negeri Sabah, Jabatan Muzium Sabah, Perpustakaan Penyelidikan Borneo, Yayasan Sabah, Universitas Tanjungpura, Kalimantan Barat, Universiti Mulawarman, Kalimantan Timur dan Institut Agama Islam Negeri Pontianak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, MoU kali ini merupakan satu lagi tonggak untuk kerjasama yang telah lama wujud dalam kalangan organisasi ahli k@Borneo dalam mencapai beberapa sasaran yang ditetapkan.

“Meskipun pandemik Covid-19 meningkat, namun ia tidak menghalang ahli k@Borneo untuk terus berkolaborasi antara satu sama lain.

.Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 Mei 2021

Suara Sarawak