ARTIKEL

MoU Kerajaan Perpaduan dimeterai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN

KUCHING : Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani parti-parti termasuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya berfungsi untuk memeterai pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong dibentuk selepas tiada parti mencapai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ujarnya, GPS mengambil langkah untuk menjunjung titah nasihat YDPA bagi memastikan kerajaan dapat dibentuk dan menamatkan kemelut politik selepas pilihan raya.

“MoU itu antara lain bertujuan menggariskan komitmen pihak-pihak yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, pengasingan kuasa, tadbir urus yang baik serta persamaan taraf antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

“Pada masa sama, ia memastikan kerajaan yang dibentuk stabil kerana parti-parti dalam kerajaan terikat untuk menyokong Perdana Menteri dalam meluluskan Rang Undang-undang di Parlimen. Terutamanya usul percaya yang bertujuan memberikan keabsahan kepada Kerajaan Perpaduan semasa persidangan Parlimen akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Majlis Tertinggi Parti pesaka bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, dengan keabsahan yang dibuktikan, perhatian dapat diberikan kepada dasar memulihkan ekonomi serta memastikan kebajikan rakyat dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Merujuk persoalan sama ada ini bermakna GPS hilang status berkecuali dengan perjanjian tersebut, beliau mengulangi bahawa MoU yang ditandatangani bertujuan memastikan kerajaan persekutuan stabil.

Tegasnya, parti masih GPS dan ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH). Kerajaan ini bukan kerajaan persekutuan PH, tetapi kerajaan yang dibentuk oleh himpunan parti yang mempunyai objektif sama iaitu untuk membawa kestabilan kepada negara.

Sekiranya hak Sarawak dicabar atau statusnya dipersoalkan, GPS berhak menarik sokongannya tersebut, tegasnya.

BERITA LAIN

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

25 jelitawan rebut gelaran ratu cantik

KUCHING: Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 Edisi Kesembilan bakal menampilkan 25 finalis bagi merebut gelaran juara atau ratu cantik. Pengerusi

BERITA TERBARU

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang