ARTIKEL

MOU kerjasama penyelidikan pengurusan hutan lestari dimeterai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JEPUN: Kerajaan Sarawak diwakili Jabatan Hutan Sarawak (JHS) memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Institut Kajian Alam Sekitar Negara (NIES) Jepun dalam usaha meningkatkan kerjasama dalam aktiviti penyelidikan pengurusan hutan lestari (SFM) di negeri ini.

MOU terbabit dijangka menjadi langkah penting untuk membangunkan metodologi berkesan terhadap nilai dan fungsi perkhidmatan ekosistem hutan.

Pada masa sama berperanan mempromosikan SFM dalam bidang pemuliharaan seperti yang telah digariskan dalam rangka kerjasama biodiversiti global di bawah Persidangan Parti Konvensyen Kepelbagaian Biologi Ke-15 (CBD COP15).

Antara aspek kerjasama MOU yang telah digariskan termasuk aktiviti penyelidikan pengurusan hutan lestari, ekosistem hutan dan pemuliharaan biodiversiti, penubuhan metodologi standard untuk rangkaian plot sampel kekal, dan dokumentasi standard.

Turut ditekankan, pengendalian data dan maklumat penyelidikan, analisis data, peningkatan kemahiran penulisan saintifik, penerbitan bersama-sama hasil penemuan, bengkel, persidangan, latihan dan mana-mana bidang yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Hasil penekanan semasa simposium, matlamat kita adalah untuk mewujudkan masyarakat mampan dengan usaha penyelidikan bersama-sama yang tertumpu kepada pengurusan hutan lestari di Hutan Tropika Sarawak.

“Komitmen ini sudah pasti akan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, platform untuk kerja berpasukan, inovasi dan pembangunan bersama-sama,” kata Presiden NIES Jepun, Dr Kimpto Masahide pada majlis MOU terbabit.

Terdahulu, simposium bertajuk Kolaborasi Bilateral Kajian terhadap SFM di Sarawak telah berlangsung sebelum majlis disambung dengan acara MOU bagi kedua-dua pihak.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,