ARTIKEL

MoU Unimas-RAF Technologies tingkat penyelidikan mesin perawat bekalan air bersih di pedalaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMUNJAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama RAF Technologies Sdn Bhd dalam usaha memperkembangkan bidang rawatan air bersih secara lebih meluas.

Naib Canselor UNIMAS Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, inisiatif itu telah mendapat sokongan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak bagi memberi manfaat kepada Sarawak pada masa akan datang.

“Saya yakin bahawa projek rintis ini akan memberikan penyelesaian kepada masalah rawatan air terutamanya di kawasan tanah gambut Sarawak seterusnya diperluaskan di Asia Tenggara yang menghadapi masalah sama.

“Kerjasama ini bukan sekadar perkongsian namun mencerminkan komitmen kepada visi bersama memastikan air bersih untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan diwakili Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi Ir Dr Siti Noor Linda Taib padaMajlis perasmian air berteknologi tinggi kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan RAF Technologies Sdn Bhd di Loji Rawatan Air Simunjan, hari ini.

Menurutnya, projek tersebut telah menarik minat Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah menyenarai pendek projek itu dalam geran penyelidikan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN).

Ini sekali gus bakal menyaksikan penyelidikan berterusan dalam meningkatkan kecekapan penghasilan air terawat daripada sistem berkenaan.

MoU itu turut melibatkan wakil daripada RAF Technologies, Ir Dr Ahmad Fuad Shahrudin dan majlis disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Idris.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU