ARTIKEL

MPI anjur Kursus Pemberitaan Luar Daerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kursus membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran asas dalam bidang kewartawanan ini mengalu-alukan wartawan baharu serta lama untuk turut serta bagi menyuburkan memori mereka dalam bidang yang diceburi ini.

MPI dalam kenyataan berkata, ia juga bertujuan untuk mendalami ilmu kewartawanan secara lebih berkesan menerusi perkongsian ilmu, pengalaman serta hukum kewartawanan daripada barisah penceramah berpengalaman.

“Melalui kursus selama tiga hari ini, para peserta akan dibimbing dengan modul program latihan yang mengandungi dua aspek penting iaitu kuliah dan latihan praktikal bagi sesi kewartawanan video.

“Ini bagi untuk membantu peserta meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kompetensi. Di samping bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dengan tenaga pengajar yang terdiri daripada para pengarang kanan pertubuhan media dan mantan pengarang yang masih aktif berkarya,” ujarnya, hari ini.

Dalam pada itu, MPI memberitahu kursus yang diadakan di Pusat Latihan MPI, Cyberjaya berkenan juga bakal melengkapkan peserta dengan kemahiran menghidu berita, mewawancara, mengumpul maklumat serta menyediakan laporan berita dan rencana termasuk mengambil video.

Antara penceramah ialah Presiden MPI, Datuk Yong Soo Heong yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kewartawanan. Pengalamannya lebih menjurus kepada laporan perniagaan dan ekonomi selama kira-kira 20 tahun, meliputi perkembangan perniagaan termasuk pasaran saham, komoditi, dan kewangan.

Beliau bakal berkongsi beberapa topik, antaranya ciri-ciri wartawan unggul dan tip menghasilkan karya yang memenangi anugerah.

Turut bakal berkongsi ilmu ialah CEO BERNAMA, Datuk Datuk Mokhtar Hussain. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 36 tahun di agensi berita berkenaan.

Dalam kursus berkenaan, beliau akan berkongsi ilmu tentang pendirian moral dalam kewartawanan, serta latihan penulisan berita dan rencana.

Bagi yang berminat, yuran penyertaan bagi ahli MPI ialah RM200 seorang, RM400 bukan ahli MPI dan RM300 bagi wartawan sambilan.

Maklumat lanjut boleh hubungi Fiza di talian 0126691993 atau e-mel kepada norhafiza_mpi@yahoo.com/ trainingmpi2945@gmail.com.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sarawak hanya mahu hak yang sedia ada

BINTULU: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.