ARTIKEL

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media sempena peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata modul itu antaranya dapat membantu memudahkan proses penghasilan berita dan pada masa yang sama mengenal pasti “deep fake”, iaitu penipuan yang menyalahgunakan kandungan, dan menggunakan AI untuk menyebar berita palsu.

“Saya harap dalam masa yang tidak terlalu lama kita boleh ada satu modul, dan kita boleh menjemput rakan-rakan media untuk meniliti dan mengikutinya,” katanya kepada media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sekiranya beliau berpandangan dengan kemunculan AI wartawan tidak diperlukan lagi, beliau menjawab: “Saya rasa, tidak”.

Beliau berkata AI tidak boleh turun ke lapangan dan bercakap dengan orang ramai.

“Jadi masih ada kekangan itu. Pada masa yang sama kita akui AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun dari segi penilaian setakat ini.. mungkin jika kita bandingkan tugas AI menyediakan laporan berbanding manusia, AI mungkin boleh melaksanakan sehingga kira-kira 60 peratus daripada tugasan itu.

“Jadi akan ada banyak kelemahan, kekurangan, yang hanya boleh diisi dengan akal fikiran manusia. Jadi saya fikir terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan ini, kemudian ada analisis, terdapat banyak disiplin yang berbeza dalam kewartawanan, kita masih lagi tidak boleh gantikan pengkhususan ini dengan sesuatu seperti AI,” tegasnya.

Sementara itu, Fahmi berkata bahawa sebaran berita palsu perlu dikekang, dan beliau menekankan akan perlunya berita yang tepat disebarkan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya perlu ada satu usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran bagaimana sekiranya wujud sesuatu berita atau maklumat palsu, orang ramai mampu mengenal pastinya.

“Maka saya lihat kod etika kewartawanan yang diluncurkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk secara keseluruhan membentuk satu budaya yang lebih prihatin terhadap bukan hanya kebenaran, tetapi  bersikap adil kepada wartawan juga.

“Kita tidak boleh salahkan media bila menerbitkan sebarang berita kerana ada kalanya pihak-pihak lain mengambil kesempatan menyebarkan maklumat dengan mengambil tangkap layar tanpa pengisian keseluruhan berita yang telah dilaporkan,” tambahnya.

Fahmi turut melihat kepada keperluan untuk MPI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menyebarluaskan kod etika wartawan itu, terutama sekali kepada media yang bersifat separa wartawan.

“Mungkiin ada keperluan untuk kita kita teliti mana-mana media lain yang mungkin bersifat separa wartawan, ada yang bersifat gaya hidup, tapi dari semasa ke semasa ada menerbitkan berita yang mungkin boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.

“Ini penting supaya landskap media secara kesuluruhan dapat kita jadikan kalis berita paslu dan fitnah,” katanya.

Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang diluncurkan hari ini merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU