ARTIKEL

MPK perkenalkan pakir pintar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan memperluas sistem parkir pintar ke seluruh negeri selaras dengan Pelan Digital Perlis.

Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Penjaja & Peniaga Kecil, Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan & Industri Kecil dan Sederhana negeri Fakhrul Anwar Ismail berkata pelaksanaan pakir pintar merangkumi dua fasa.

“Fasa pertama telah bermula pada Mei tahun ini melalui pelaksanaan kaedah bayaran parkir tanpa tunai di kawasan parkir berpalang Arked Niaga dan Gapura Square, Padang Besar.

“Antara ciri pembayaran tanpa tunai yang disediakan sekarang ialah bayaran menggunakan kad debit, kad kredit, kad Touch ‘n Go dan aplikasi e-dompet Touch ‘n Go,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Gan Ay Ling (PH-Indera Kayangan) berhubung langkah dan rancangan kerajaan negeri dalam usaha pelaksanaan sistem parkir yang lebih terurus.

Fakhrul Anwar berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji penambahbaikan sistem pada masa hadapan seperti menggunakan kaedah pengecaman nombor plat kenderaan dan aplikasi pembayaran parkir yang khusus bagi keseluruhan kawasan parkir MPK.

Baca lain  Isu Laut China Selatan: M'sia sedia runding dengan China

Katanya bagi fasa kedua, pelaksanaan parkir pintar akan diperluas ke seluruh negeri ini bagi menggantikan sistem kupon bergores manual sedia ada.

“Pelaksanaan sistem parkir pintar ini akan merangkumi aspek kemudahan aplikasi telefon pintar berintegrasi yang mesra pengguna, sistem pembayaran parkir tanpa tunai dengan transaksi mudah alih, penyediaan susun atur petak parkir secara terancang dan sistematik serta pemantauan dan analisis dalam talian secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan fasa dua kini dalam peringkat penilaian teknikal dan dijangka dapat dimulakan secara berperingkat mulai Oktober nanti. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh